Selasa, 11 Disember 2012

Pengiraan luas segiempat sama dan segiempat tepat
Di sini saya sertakan soalan-soalan percubaan UPSR ,Rakan-rakann yang berminat bolehlah muat turun di http://www.4shared.com/zip/cTxHJdpk/bank_soalan_percubaan_Math.html

Rakan-rakan yang berminat dengan soalan-soalan ujian Tahun 4,5 dan 6 boleh juga muat naik di http://www.4shared.com/zip/1i-qcY6X/mate.html

Jumaat, 19 Oktober 2012

Mengira perimeter


Topik : 9. Ruang
9.1. Bentuk 2 Dimensi
9.1.1. Memahami perimeter bagi bentuk 2 dimensi
9.1.1.ii.
Mengukur dan merekod perimeter:
9.1.1.ii. a. Segiempat sama
            b. Segiempat tepat
            c. Segitiga sama sisi
            d. Segitiga kaki sama


 Perimeter ialah ukur keliling.

Untuk mengajar murid mengenali perimeter, guru perlu menyediakan sekeping kertas yang mengandungi apa –apa jenis bentuk 2 dimensi.Sediakan klip kertas. Murid diminta menggunakan klip kertas untuk menyusun klip kertas tersebut mengelilingi rajah 2 dimensi pada kertas yang diberi. Setelah selesai murid menyusun klip pada rajag ,kira bilangan klip kertas tersebut.

Maka murid akan mendapati jumlah klip kertas sekeliling rajah tersebut merupakan perimeter rajah berkenaan.



 Di sini murid akan mendapati,bahawa perimeter adalah ukur sekeliling rajah tertutup.
 

Seterusnya guru boleh memberi latihanyang mengandungi rajah 2 dimensi sebagai contoh cuba lihat video di hawah ini.
 
 

Bagi mengira perimeter,murid dikehendaki menambah semua panjang sisi rajah berkenaan.

Khamis, 18 Oktober 2012

Persembahan Powerpoint berkaitan BIJAK SIFIR. Bijak sifir ini boleh dilakukan sebagai permulaan pengajaran Matematik bagi murid yang tidak menghafal sifir 7 , 8 dan 9.

SELAMAT MENCUBA

Isnin, 24 September 2012

Topik Pengajaran untuk kita berkongsi bersama.


Topik : 9. Ruang
             9.1. Bentuk 2 Dimensi
             9.1.1. Memahami perimeter bagi bentuk 2 dimensi
             9.1.1.i. Mengenalpasti sisi bentuk 2 dimensi
             9.1.1.i.a. Segiempat sama
                        b. Segiempat tepat
                        c. Segitiga sama sisi
                        d. Segitiga kaki sama


SEGIEMPAT SAMA 

 

 

 

 







Ciri-ciri :
1. Mempunyai 4 sisi lurus
2. 4 sisi yang sama panjang
3. 4 bucu
4. 4 susut tegak


SEGIEMPAT TEPAT  

















Ciri-ciri :

1. Mempunyai 4 sisi lurus
2. Sisi bertentangan sama panjang
3. 4 bucu
4. 4 sudut tegak
 

 


SEGITIGA SAMA SISI    


















Ciri-ciri

1. Mempunyai tiga sisi yang sama panjang
2. Tiga sisi lurus
3. Tiga bucu


SEGITIGA KAKI SAMA



















Ciri-ciri

1. Mempunyai tiga sisi yang lurus
2. Dua sisi ( kaki ) bertentangan sama panjang
3. Tiga bucu