Rancangan Pengajaran Harian
Tarikh/
Hari: 17.04.2012 ( Selasa )
Masa :
8.40 – 9.10 AM
Kelas : 4 M
Bil. Pelajar : 18
Tajuk
: Bentuk dan Ruang
Kognitif
:
1.Menyatakan jumlah sisi bentuk 2 dimensi
2.Mengira perimeter bentuk segiempat sama,segiempat tepat dan segi tiga
Psikomotor
:
3.Menyusun klip kertas mengelilingi gambarajah yang disediakan di atas
lembaran kerja
Afektif
:
5.Bersabar dan bekerja sama
Pengetahuan
Sedia Ada : Murid telah
mengetahui nama dan sisi bentuk 2 dimensi
Konsep
: Mengira perimeter
bentuk 2 dimensi
Bahan
: Kad gambar bentuk 2
dimensi,LCD.Komputer ,klip kertas,Lembaran kerja
Nilai
: Bersabar dan
bekerjasama
Kemahiran
: Menentukan
perimeter bentuk dua dimensi
Langkah/Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
|||
Set Induksi
|
Menama dan menyebut jumlah
sisi bentuk 2 dimensi
|
Guru menunjukkan beberapa keping kad gambar dan
meminta murid menyebutnya
|
Murid menamakan bentuk yang ditunjukkan oleh
guru dan jumlah sisinya.Contoh :
-Segiempat sama.
-4 sisi sama panjang
|
Kad gambar bentuk 2 dimensi
Tayangan Slaid
|
Perkembangan 1
|
Konsep perimeter
|
Guru bercerita berkenaan sebuah Kebun Pisang
Pak Mat. Kebun berbentuk segiempat
sama
yang musnah akibat dimakan sekumpulan gajah.Guru
menyoal murid kenapa kebun Pak Mat dimasuki gajah.
Guru mencungkil ideal murid.
Dengan menggunakan tayangan slaid guru
menunjukkan bagaimana kebun Pak Mat dipagar keliling.
Guru menerangkan konsep perimeter iaitu
mengukur keliling rajah
|
Murid mendengar cerita guru disamping melihat
tayangan slaid berkenaan kebun pisang
Murid memberitahu,kebun pak mat dimasuki gajah
kerana kebun Pak Mat tiada pagar.
Murid menyatakan kebun Pak mat perlu dipagar
keliling.
|
Tayangan slaid Kebun Pak Mat yang dimasuki sekumpulan
gajah
Tayangan slaid bagaimana kebun pak Mat dipagar
sekeliling.
|
Perkembangan 2
|
Konsep perimeter ( mengukur keling )
|
Guru mengedarkan sekeping rajah 2 dimensi
kepada setiap kumpulan dan klip kertas.
Guru menerangkan bagaimana menyusun klip kertas
sekeliling rajah.
Dengan jumlah klip kertas yang disusun itu,ia
merupakan perimeter rajah tersebut
|
Murid menyusun klip kertas sekeliling rajah dan
mengira jumlah klip kertas sekeliling rajah.
Setiap kumpulan menyebut jumlah klip kertas.
|
Lembaran kerja dan klip
kertas
|
Perkembangan 3
|
Latihan
Perimeter
|
Guru memberi latihan di slaid dan meminta murid
menyelesaikannya.Guru meminta wakil murid tampil ke hadapan untuk menunjukkan
pengiraan perimeter
|
Murid-murid menyelesaikan pengiraan perimeter.
Wakil murid tampil kehadapan dan menunjukkan
pengiraan perimeter di papan putih.
|
Tayangan slaid
|
Penutup
|
Konsep perimeter
|
Guru menerangkan dengan memagari kebun Pak Mat
maka kebun tersebut selamat daripada dimasuki gajah.Guru merumuskan perimeter
adalah mengukur sekeliling rajah.
|
Murid menyatakan perimeter adalah mengukur
sekeliling rajah
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan