Topik : 9. Ruang
9.1. Bentuk 2 Dimensi
9.1.1. Memahami perimeter bagi bentuk 2 dimensi
9.1.1.ii. Mengukur dan merekod perimeter:
9.1.1.ii. a. Segiempat sama
b. Segiempat tepat
c. Segitiga sama sisi
d. Segitiga kaki sama
Untuk mengajar murid mengenali
perimeter, guru perlu menyediakan sekeping kertas yang mengandungi apa –apa jenis
bentuk 2 dimensi.Sediakan klip kertas. Murid diminta menggunakan klip kertas
untuk menyusun klip kertas tersebut mengelilingi rajah 2 dimensi pada kertas
yang diberi. Setelah selesai murid menyusun klip pada rajag ,kira bilangan klip
kertas tersebut.
Maka murid akan mendapati jumlah klip kertas sekeliling rajah tersebut merupakan perimeter rajah berkenaan.
Di sini murid akan mendapati,bahawa perimeter adalah ukur sekeliling rajah tertutup.
Seterusnya guru boleh memberi latihanyang mengandungi
rajah 2 dimensi sebagai contoh cuba lihat video di hawah ini.
3 ulasan:
Penerangan konsep perimeter melalui susun klip kertas menarik.
Tahniah kerana blog anda sangat menarik dan kreatif serta dapat menarik minat murid jika digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penerangan yang jelas dengan gambar!
Catat Ulasan