Jumaat, 19 Oktober 2012

Mengira perimeter


Topik : 9. Ruang
9.1. Bentuk 2 Dimensi
9.1.1. Memahami perimeter bagi bentuk 2 dimensi
9.1.1.ii.
Mengukur dan merekod perimeter:
9.1.1.ii. a. Segiempat sama
            b. Segiempat tepat
            c. Segitiga sama sisi
            d. Segitiga kaki sama


 Perimeter ialah ukur keliling.

Untuk mengajar murid mengenali perimeter, guru perlu menyediakan sekeping kertas yang mengandungi apa –apa jenis bentuk 2 dimensi.Sediakan klip kertas. Murid diminta menggunakan klip kertas untuk menyusun klip kertas tersebut mengelilingi rajah 2 dimensi pada kertas yang diberi. Setelah selesai murid menyusun klip pada rajag ,kira bilangan klip kertas tersebut.

Maka murid akan mendapati jumlah klip kertas sekeliling rajah tersebut merupakan perimeter rajah berkenaan.



 Di sini murid akan mendapati,bahawa perimeter adalah ukur sekeliling rajah tertutup.
 

Seterusnya guru boleh memberi latihanyang mengandungi rajah 2 dimensi sebagai contoh cuba lihat video di hawah ini.
 
 

Bagi mengira perimeter,murid dikehendaki menambah semua panjang sisi rajah berkenaan.

3 ulasan:

Unknown berkata...

Penerangan konsep perimeter melalui susun klip kertas menarik.

Unknown berkata...

Tahniah kerana blog anda sangat menarik dan kreatif serta dapat menarik minat murid jika digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Unknown berkata...

Penerangan yang jelas dengan gambar!